Kakak tiri Zara Qairina beri keterangan dalam inkues

Iklan
Zara Qairina

KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula pada Selasa, dengan mendengar keterangan kakak tiri Allahyarham.

Malianah Mahathir, 25, yang merupakan saksi ke-81, memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner, di sini.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, prosiding inkues yang dijadualkan bersambung sehingga 23 Oktober ini diperuntukkan bagi meneruskan dan menyelesaikan keterangan saksi-saksi terakhir, termasuk ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung.

Jadual berkenaan turut membolehkan mahkamah dan pihak-pihak menyelesaikan sebarang keterangan tambahan atau pemanggilan semula mana-mana saksi, sekiranya perlu, sebelum prosiding inkues bergerak ke peringkat seterusnya.

Iklan
Iklan