Banjir ragut 31 nyawa di Thailand

Iklan
Banjir di seluruh Thailand meragut 31 nyawa dan menjejaskan kira-kira 4.14 juta orang sejak 16 September lalu.

BANGKOK, - Banjir di seluruh Thailand meragut 31 nyawa dan menjejaskan kira-kira 4.14 juta orang sejak 16 September lalu, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana, hampir 3.52 juta penduduk di 26 wilayah dan ibu negara masih terjejas akibat banjir.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul pada Isnin mengarahkan agensi berkaitan mempercepatkan usaha mengalirkan keluar air, bantuan serta pemulihan pascabanjir ketika negara Asia Tenggara itu bersiap sedia menghadapi satu lagi gelombang hujan dan air pasang besar.

Mempengerusikan mesyuarat Ibu Pejabat Markas Bencana Kebangsaan, Anutin berkata, keadaan keseluruhan semakin baik, dengan paras air di kawasan hulu mula stabil dan menurun.

Iklan

Anutin mengarahkan pengendali takungan yang penuh atau hampir penuh supaya melepaskan air dengan segera, sambil memastikan komuniti di kawasan hilir dilindungi.

Beliau turut mengarahkan laluan air dan saliran yang tersumbat dibersihkan serta air dipam keluar dari kawasan yang ditenggelami banjir.

Iklan

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramalkan berlaku sehingga Rabu di kebanyakan kawasan negara itu, termasuk Bangkok, menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana. - Bernama