Projek Pan Borneo Sabah lebih 10 tahun belum siap, sembilan pakej sakit - LKAN

Iklan
Wan Suraya (kanan) merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda menerima menghadap di Istana Negara pada 8 September lalu. Foto Jabatan Audit Negara

SHAH ALAM - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 yang dirancang sejak tahun 2015 masih belum dapat disiapkan selepas lebih 10 tahun dengan hanya empat daripada 35 pakej kerja berjaya diselesaikan setakat 31 Mac lalu.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, empat pakej tersebut hanya mewakili 11.4 peratus keseluruhan projek sepanjang 706 kilometer membabitkan jumlah kos asal RM567 juta.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, baki 31 pakej kerja iaitu 88.6 peratus bernilai RM16.319 bilion masih dalam pelaksanaan.

"Antara isu pengurusan projek yang dikenal pasti sebagai ketakteraturan serius ialah kelulusan Arahan Perubahan Kerja (APK) melebihi had kuasa berjumlah RM513.99 juta dan kelewatan tuntutan kos utiliti bagi projek siap berjumlah RM41.37 juta," katanya dalam kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Iklan

Bagi Projek LPB Sarawak, Wan Suraya memaklumkan sebanyak 10 pakej kerja berjaya disiapkan sepenuhnya manakala satu pakej kerja iaitu WP11 berada pada tahap 99.9 peratus bagi tempoh sama.

Beliau berkata, pencapaian objektif projek LPB Sarawak belum dapat dinilai memandangkan projek belum siap sepenuhnya.

Iklan

"Pengauditan mendapati kelemahan dalam aspek pengurusan dan tadbir urus kontrak yang kurang cekap antaranya tuntutan pengalihan dan pemasangan semula utiliti belum dilaksanakan berjumlah RM1.780 bilion dan bayaran berjumlah RM32.07 juta telah dibuat bagi Sistem Maklumat Projek namun sistem tidak dapat diakses selepas tamat tempoh perjanjian," ujarnya.