Lelaki ditemukan dalam gaung di Bukit Broga

Iklan
Mangsa ditemukan dalam gaung sedalam lima meter di Bukit Broga pada Isnin. Foto bomba

SEMENYIH - Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemukan dalam keadaan lemah selepas dipercayai terjatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Bukit Broga di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.56 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bergegas ke lokasi yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan Bomba di lokasi pada jam 1.05 pagi pagi mendapati mangsa telah terjatuh ke dalam gaung berkedalaman lima meter.

Iklan

"Mangsa berjaya ditemukan anggota bomba pada jam 1.37 pagi dan kerja-kerja membawa mangsa turun sedang dilakukan.

"Mangsa berada dalam keadaan lemah namun tidak mengalami kecederaan serius," katanya.

Iklan