Bayi perempuan baru lahir maut ditikam ibu sendiri

Iklan
Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan maut selepas dipercayai ditikam ibu kandung dalam kejadian di Pantai Remis. Foto hiasan

IPOH - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan maut selepas dipercayai ditikam ibu kandung dalam kejadian di Pantai Remis, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 14 November, iaitu hari bayi berkenaan dilahirkan kira-kira jam 1 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu bayi itu berusia 19 tahun melakukan perbuatan berkenaan di rumahnya sebelum menghubungi teman lelaki untuk membantu menanam mayat bayi tersebut di belakang rumah.

"Rakannya yang berasa bersalah kemudian tampil membuat laporan polis sehingga membawa kepada tindakan siasatan dan penahanan ibu mangsa dan teman lelakinya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, terdapat dua kesan tikaman di dada bayi berkenaan menggunakan senjata tajam.

"Kita juga sudah memperoleh senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu," katanya.

Iklan

Mohd Alwi berkata, wanita terbabit akan dihantar menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengenal pasti keadaan kesihatan mentalnya.

"Kedua-dua individu itu telah direman dari 18 hingga 23 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.