Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan
Iklan
Nenek kepada Allahyarham Irene Sofiya menyiram bunga mawar di atas pusara cucunya.
BATU PAHAT– Jenazah pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad di sini kira-kira jam 7.50 malam pada Ahad. 
Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di rumah neneknya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, kira-kira jam 6.35 petang.
Iklan
Iklan
Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, jiran, penduduk kampung serta rakan mangsa hadir di perkarangan rumah berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.
Solat jenazah turut diadakan sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Iklan
Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad di Yong peng jam 7.50 malam pada Ahad.
Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan tidak bernyawa di kawasan dewan sebuah sekolah di Yong Peng kira-kira jam 5.30 petang, Sabtu.
Iklan
Mangsa dipercayai hadir ke sekolah untuk mengikuti kelas tambahan sebelum ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh neneknya, Jameyah Rabani, 66, bersama rakan mangsa selepas menyedari Irene tidak pulang ke rumah.
Polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah sama beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan. Seorang daripada mereka kemudian direman selama enam hari bermula pada Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Irene Sofiya dikenali sebagai pelajar cemerlang dan aktif dalam aktiviti sekolah selain menjadi antara calon yang diharapkan memperoleh keputusan 9A dalam SPM tahun depan.
Allahyarham juga menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor pakar kesihatan awam, mengikut jejak langkah arwah ibunya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak"><meta itemprop="description" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak
Perjalanan pulang selepas menjemput isteri yang berniaga di festival makanan berakhir tragedi apabila seorang sarjan polis maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52.5 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), awal pagi Isnin.
Anak mangsa, Amirul Hakim Jorari, 30, berkata, bapanya, Jorari Jusoh, 58, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, dalam perjalanan pulang ke Senggarang, Batu Pahat selepas mengambil ibu tirinya, Yuli Helmiyati Mohd Salleh, 51, yang berniaga di food festival berhampiran Bandar Penawar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804851/edisi/johor/dua-maut-nahas-tiga-kenderaan-ayah-dalam-perjalanan-jemput-ibu-berniaga-di-festival-makanan---anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Kemalangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-16T08:40:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P118S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbx2ole"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbx2ole"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbx2ole"></script>