KLANG - Seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika dipercayai mencuri kabel di tepi Jalan Acob, Kapar di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 10 pagi memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki di lokasi berkenaan.
Iklan
Iklan
"Pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kegiatan mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menurutnya, polis turut menemukan peralatan memotong kabel, mangga serta sebuah motosikal yang dipercayai digunakan mangsa di lokasi kejadian.
Beliau berkata, mangsa kemudian dikenal pasti waris sebagai lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an dan berasal dari Kapar, Klang.
"Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk bedah siasat pada 5 Oktober," katanya.
Ramsay berkata, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mejar Azhar di talian 012-349 5921 bagi membantu siasatan.