Dua gempa bumi gegar Indonesia dalam tempoh kurang sejam

Iklan
Dua gempa bumi masing-masing bermagitud 6.1 dan 5.9 melanda Pulau Sumba dan wilayah Aceh di Indonesia pada pagi Ahad. Foto hiasan

JAKARTA - Dua gempa bumi masing-masing bermagitud 6.1 dan 5.9 melanda Pulau Sumba dan wilayah Aceh di Indonesia pada pagi Ahad, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memaklumkan gempa bumi bermagnitud 6.1 berlaku pada 5.55 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak di laut kira-kira 14 kilometer barat daya Kodi di Sumba Barat Daya, wilayah Nusa Tenggara Timur, pada kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Menurut data yang diterbitkan di laman sesawang agensi itu, gegaran dirasai dengan kuat di Sumba Barat dan Manggarai Barat, manakala gegaran turut dilaporkan di Sumba Timur dan Manggarai.

Kira-kira 42 minit kemudian, agensi itu memaklumkan gempa bumi bermagnitud 5.9 berlaku pada 6.37 pagi, dengan pusat gempa terletak di laut kira-kira 68 kilometer barat daya Calang di wilayah Aceh pada kedalaman 26 kilometer.

Iklan

BMKG memaklumkan gegaran akibat gempa bumi kedua itu dirasai di beberapa kawasan di Aceh termasuk Aceh Besar, Banda Aceh, Aceh Barat, Aceh Selatan, Pidie Jaya, Bener Meriah, Nagan Raya dan Aceh Tengah.

Agensi itu menasihatkan penduduk di kawasan terjejas supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan kejutan lanjur.

Iklan

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan akibat kedua-dua gempa bumi itu. - Bernama