Tentera Israel tutup Masjid Ibrahimi kepada penduduk Palestin di Hebron

Iklan
Tentera Israel menutup Masjid Ibrahimi dan kedai-kedai perniagaan berhampiran di Kota Lama Hebron kepada penduduk Palestin pada Sabtu - Foto: Agensi

HEBRON - Tentera pendudukan Israel menutup Masjid Ibrahimi dan kedai-kedai perniagaan berhampiran di Kota Lama Hebron kepada penduduk Palestin pada Sabtu, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Pasukan berkenaan mengetatkan tindakan ketenteraan dan menutup semua pos kawalan tentera serta pintu elektronik yang menuju ke masjid berkenaan, atas alasan tetapan keselamatan sempena sambutan peneroka haram di masjid itu dan kawasan pekarangannya.

Iklan
Iklan

Wartawan WAFA melaporkan bahawa tentera Israel turut menutup kedai-kedai di Kota Lama Hebron dan meningkatkan kehadiran mereka di semua laluan masuk menuju ke masjid bagi mengawal laluan peneroka haram ke Kota Lama, Masjid Ibrahimi dan tapak bersejarah berhampiran.

Sementara itu, peneroka haram Israel menyerang rumah-rumah milik keluarga Shnaran di Wadi al-Rakhim, selatan Bandar Yatta di wilayah selatan Hebron, menganiaya penduduk tempatan serta membakar gulungan jerami milik penduduk berhampiran kediaman mereka.

Iklan

Cuti perayaan Yahudi kerap berulang kali disertai dengan sekatan yang diperketat terhadap penduduk Palestin di Hebron, termasuk penutupan, pengetatan tindakan ketenteraan di pos kawalan dan sekatan akses penduduk ke rumah mereka, terutamanya di Kota Lama dan kawasan sekitarnya. - Bernama

 

Iklan