KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lapan negeri sehingga 5 petang.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3 petang, kawasan terlibat ialah seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Iklan
Iklan
Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu, Baling, Sik, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.
Di Kelantan, amaran berkenaan melibatkan Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah, manakala di Terengganu membabitkan Setiu, Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.
Bagi Pahang, kawasan yang terjejas ialah Cameron Highlands, Raub dan Lipis.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Bintulu, Kapit (Kapit dan Song), Sibu, Mukah (Mukah, Matu, Daro dan Dalat), Kuching (Kuching dan Bau) serta Sarikei.
Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Tawau (Tawau, Kalabakan, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan, Pedalaman (Pensiangan, Tenom, Tambunan, Sipitang dan Sook) serta Pantai Barat (Ranau). - Bernama