DUBAI - Pembantu juruterbang pesawat Flydubai FZ1073 didakwa menggunakan kapak kecemasan di dalam kokpit untuk menyerang Kapten Smit Machchhar hingga cedera ketika insiden serangan ganas di ruang udara pada Rabu lalu.
Menurut pendakwa raya Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hamad Saif Al Shamsi pada Sabtu, siasatan awal mendapati pelaku dikenal pasti oleh beberapa rangkaian media sebagai Hamam al-Hammami, 29, juga cuba mengambil alih pesawat yang membawa 182 penumpang termasuk kru ketika kekecohan tersebut.