KOTA KINABALU - Kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di kawasan Panginatan, Ranau pada jam 10.57 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi berkenaan dikesan berkoordinat 5.9 darjah utara dan 116.7 darjah timur pada kedalaman 13 kilometer (km).
Iklan
Iklan
Menurut MetMalaysia, lokasi episentrum gempa bumi itu terletak kira-kira 14km di selatan Ranau.
"Kesan gegaran akibat insiden berkenaan dilaporkan turut dirasai oleh penduduk di sekitar daerah Ranau serta kawasan berhampiran,” katanya.
Pihak MetMalaysia mengesahkan akan terus memantau rapat perkembangan keadaan semasa susulan kejadian gempa berkenaan.
Dalam pada itu, MetMalaysia memohon kerjasama orang awam yang merasai gegaran terbabit untuk mengisi borang soal selidik menerusi pautan rasmi di https://forms.gle/cYMVjU7DYeKBV3ZbA bagi membantu proses pengumpulan maklumat lapangan.
Ranau merupakan daerah di pedalaman Sabah terletak 106 km arah timur dari Kota Kinabalu, dan daerah terletaknya Gunung Kinabalu. - Bernama