KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 152, diikuti Pasir Gudang, Johor (151).