Coway Run 2026 himpun lebih 11,000 peserta

Iklan
Barisan pengurusan Coway Malaysia dan para peserta berhimpun di garisan permulaan Coway Run 2026, menghayati semangat tema acara tahun ini, "Rentak Ke Hadapan"

SHAH ALAM – Sempena meraikan ulang tahun ke-20 Coway Malaysia dan sedekad penganjuran acara larian, Coway Run 2026 menghimpunkan lebih 11,000 peserta di Stadium Merdeka.

Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia, Janice Tan berkata, penganjuran tersebut menginspirasikan orang ramai untuk menjalani gaya hidup lebih sihat, mencabar batas diri dan merealisasikan potensi diri masing-masing.

Iklan
Iklan

“Sepanjang perjalanan ini, kami telah menyaksikan individu daripada segenap lapisan masyarakat yang menetapkan matlamat baharu, mencabar diri dan melepasi batasan kemampuan mereka.

Barisan pengurusan Coway Malaysia secara rasmi menyempurnakan pelepasan peserta bagi Kategori Larian 10km di Coway Run 2026, menandakan bermulanya larian yang meraikan semangat mara menerusi tema"Rentak Ke Hadapan"

Iklan

“Di Coway, kami percaya setiap orang mempunyai potensi terpendam dan Coway Run dianjurkan untuk mendorong mereka mengambil langkah pertama bagi menyerlahkan potensi tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Janice, edisi istimewa tahun ini tampil dengan tema ‘Rentak Ke Hadapan’ yang membawa mesej mengenai usaha berterusan untuk memperbaiki diri, mencabar batas kemampuan serta merealisasikan potensi masing-masing.

Iklan

Dalam acara berkenaan, peserta mengambil bahagian dalam empat kategori iaitu larian 10 kilometer (km), larian 30km yang diubah suai ke 10km, larian 5km dan larian kanak-kanak 5km.

Beliau berkata, walaupun dibasahi hujan, ramai peserta tetap meneruskan larian sehingga ke garisan penamat, selain menyokong usaha yang memberi impak kepada komuniti yang memerlukan.

Dalam pada itu, aspek kesihatan dan keselamatan peserta menjadi keutamaan apabila format disesuaikan berikutan keadaan cuaca dan situasi jerebu yang tidak menentu.

Sementara itu, suasana di stadium tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif, hiburan mesra keluarga serta persembahan khas maskot Coway, Biddy Bear bersama penari.

Selain itu, acara berkenaan turut menampilkan persembahan secara langsung dan sesi ramah mesra bersama penyanyi dan pelakon, Hael Husaini selain peserta berpeluang melengkapkan lapan stesen permainan untuk menyertai cabutan bertuah utama.

Penyanyi dan pelakon Malaysia, Hael Husaini, membuat persembahan di Coway Run 2026

“Sebanyak 10 pemenang cabutan bertuah berkenaan membawa pulang sama ada BEREX Massage Bed atau BEREX Pebble Chair.

“Sebanyak RM10 daripada setiap tiket yang dijual disalurkan kepada Coway Happy Water Project bagi memberi tumpuan kepada penyediaan akses air bersih kepada komuniti yang memerlukan,” ujarnya.