Tiga kapal bawa pulang 1,476 rakyat masuk perairan Myanmar

Iklan
Ketiga-tiga kapal itu dijangka tiba di Yangon dalam tempoh beberapa hari.

YANGON – Tiga kapal Tentera Laut Myanmar yang membawa 1,476 rakyat negara itu dari Malaysia memasuki perairan wilayah Myanmar pada pagi 1 Oktober, menurut laporan Myanmar News Agency (MNA).

Mereka merupakan rakyat Myanmar yang menghadapi kesukaran untuk pulang selepas selesai menjalani hukuman di pusat tahanan imigresen Malaysia kerana tinggal secara tidak sah dan melanggar peraturan imigresen.

Iklan
Iklan

Tiga kapal berkenaan, Mottama, Thanlwin dan Sinphyushin, berlepas dari Yangon pada 24 September sebelum tiba di Pelabuhan Lumut pada pagi 28 September untuk mengambil kumpulan berkenaan.

Sepanjang perjalanan pulang yang bermula pada malam 29 September, anggota tentera laut dan wakil kementerian berkaitan menyediakan tempat penginapan, rawatan perubatan, makanan harian, pakaian serta keperluan peribadi kepada semua yang berada di atas kapal.

Iklan

Kesemua rakyat Myanmar terbabit dilaporkan berada dalam keadaan baik. Foto: Agensi

Mereka turut disediakan aktiviti rekreasi dan sesi senaman sepanjang pelayaran.

Iklan

Menurut MNA, para penumpang melahirkan kegembiraan dan penghargaan selepas menerima pesanan yang mengalu-alukan kepulangan mereka sebaik kapal memasuki perairan Myanmar.

Ketiga-tiga kapal itu dijangka tiba di Yangon dalam tempoh beberapa hari.

Pihak berkuasa wilayah dan negeri bersama ahli keluarga akan menunggu ketibaan mereka di pelabuhan sebelum mengatur perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk membolehkan mereka kembali bersama keluarga.

Bantuan lanjut juga akan diberikan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan bersama keluarga di Myanmar.

Penghantaran pulang itu membabitkan rakyat Myanmar yang sebelum ini ditempatkan di pusat tahanan imigresen Malaysia selepas melakukan kesalahan berkaitan imigresen. - Agensi