KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes amang seksual membabitkan seorang lelaki warga tempatan terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Cheras di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Lim Chun How berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh ibu mangsa pada 29 September lalu.