KETAPANG – Ketika kebanyakan wanita sibuk menguruskan rumah tangga, sekumpulan ibu di Borneo, Indonesia turun ke kawasan terjejas kebakaran untuk mengawal api demi melindungi komuniti mereka.
Lebih 100 wanita kebanyakannya suri rumah menjadi sukarelawan dalam inisiatif dikenali sebagai 'Power of Mama' dengan melakukan rondaan setiap hari bagi mengesan asap dan kebakaran sebelum bertindak.
Iklan
Iklan
Kumpulan digelar 'Mamas' ditubuhkan pada 2022 itu kini beroperasi di kira-kira 12 kampung di daerah Ketapang, kawasan luar bandar Kalimantan.
"Alhamdulillah, masyarakat mula menerimanya,” kata suri rumah, Ramilah, 46, ketika ditemui di kampung Tanjungpura selepas membantu memadam kebakaran tanah gambut bersama lebih 12 'mama' yang lain.
Kumpulan wanita itu lengkap mengenakan sut keselamatan ketika keluar menjalankan tugas dengan sebahagian daripada mereka menunggang motosikal manakala yang lain menaiki trak pikap sambil membawa pam air dan beberapa baldi.
Inisiatif ‘Power of Mama’ yang mendapat sokongan Yayasan Pemulihan Hidupan Liar Indonesia (YIARI) diilhamkan daripada pengalaman pahit masyarakat ketika kebakaran hutan melanda Kalimantan yang turut diburukkan oleh fenomena El Nino pada 2019. - AFP
Artikel Berkaitan