Lapan anggota polis ditahan dalam serbuan air ketum

Iklan
Lapan anggota polis antara sembilan individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti air ketum. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Lapan anggota polis antara sembilan individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti air ketum dalam serbuan di Taman Keramat di sini pada Selasa.

Menurut sumber, serbuan dilakukan jam 8.45 malam itu, hasil kerjasama Cawangan Risikan dan Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya.

Iklan
Iklan

"Lapan anggota ditahan itu membabitkan tujuh yang bertugas di pelbagai cawangan sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, manakala seorang lagi bertugas di IPD Brickfields.

"Turut ditahan bersama mereka di lokasi adalah seorang orang awam," kata sumber itu.

Iklan

Sumber itu memaklumkan bahawa kesemua suspek kini ditempatkan di Lokap Balai Polis Hulu Kelang.

Kertas siasatan dibuka dan permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Iklan

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan penahanan kesemua suspek berkenaan.