Lelaki mabuk gigit kru kabin, penumpang dalam pesawat

Iklan
Kru kabin mengambil tindakan mengikut prosedur keselamatan penerbangan bagi mengawal penumpang tersebut sehingga pesawat mendarat. Foto Agensi

ISTANBUL - Sebuah penerbangan dari London ke Istanbul bertukar kecoh apabila seorang penumpang dipercayai di bawah pengaruh alkohol bertindak agresif sehingga menggigit kru kabin dan seorang penumpang lain.

Insiden menggemparkan itu berlaku dalam penerbangan AJet VF-1990 dari Lapangan Terbang London Stansted ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, Istanbul pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang murah itu, laporan awal menyebut penumpang tersebut mula mengganggu seorang wanita yang duduk bersebelahannya.

Kru kabin kemudiannya terpaksa campur tangan untuk mengawal situasi dan turut memberi amaran kepadanya, namun individu itu terus bertindak agresif sebelum menggigit kru kabin dan seorang lagi penumpang yang cuba menenangkannya.

Iklan

Susulan kejadian itu, kru kabin mengambil tindakan mengikut prosedur keselamatan penerbangan bagi mengawal penumpang tersebut sehingga pesawat mendarat.

Juruterbang turut memaklumkan insiden itu kepada menara kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen dan meminta pihak berkuasa bersedia untuk menahan penumpang berkenaan sebaik sahaja pesawat mendarat.

Iklan

Difahamkan, kru kabin dan penumpang yang diserang turut membuat laporan terhadap suspek.

Bagi mengelakkan kejadian itu berulang, AJet telah memasukkan penumpang itu ke dalam senarai hitam syarikat dan melarangnya daripada menaiki penerbangan AJet pada masa akan datang selaras dengan dasar keselamatan penerbangan syarikat berkenaan. - Agensi