Lunar Seputeh, definisi sebenar kediaman premium

Iklan

Dalam landskap hartanah bandar yang semakin  padat, kediaman berkonsepkan low-density living kini menjadi pilihan pembeli yang  mengutamakan privasi, keselesaan dan kualiti  hidup.

Iklan
Iklan

Berlandaskan pendekatan  tersebut, Malaysian Resources  Corporation Berhad (MRCB)  memperkenalkan Lunar Seputeh, fasa ketiga dan  pembangunan terakhir berstatus  kediaman sepenuhnya dalam  pelan induk bersepadu 9  Seputeh seluas 17.4 ekar, dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM472  juta.

Dibina di atas tanah seluas 2.32 ekar, Lunar Seputeh terdiri  daripada menara setinggi 50 tingkat dengan 483 unit, sekali gus melengkapkan pembangunan yang sebelum ini dimulakan menerusi VIVO dan TRIA Seputeh.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif MRCB Property, Wong  Hong Yeong berkata, Lunar Seputeh menawarkan pilihan kediaman baharu yang membawa pengalaman hidup bandar lebih eksklusif penekanan kepada kesejahteraan, kesalinghubungan dan komuniti.  

Menurutnya, projek tersebut mendapat manfaat daripada infrastruktur yang telah siap dibangunkan bagi keseluruhan pelan induk, termasuk pelaburan MRCB berjumlah kira-kira RM115 juta bagi Jambatan Penghubung Jalan Klang Lama – Lebuhraya Jalan Klang Lama – Lebuhraya Pantai Baru (NPE), yang mengukuhkan kesalinghubungan  antara Jalan Klang Lama dan Lembah Klang.

Iklan

"Pembangunan ini direka untuk menawarkan pengalaman kediaman yang lebih premium, dengan berkepadatan rendah.

“Aspek praktikal kehidupan harian turut diterapkan dalam reka bentuk, termasuk sistem parkir dengan laluan cerun ekspres yang membolehkan penduduk sampai ke aras parkir masing-masing dengan lebih pantas,” katanya kepada Sinar Bisnes.

Qoute

"Kami melihat bagaimana untuk mempelbagaikan perniagaan dari segi geografi  dan segmen pembangunan baharu yang boleh memanfaatkan keupayaan sedia ada.ˮ-  Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MRCB, Datuk Kwan Joon Hoe Datuk Kwan Joon

Hoe

Kelebihan Utama Lunar Seputeh

Mengulas lanjut, Hong Yeong berkata, status residential title menjadi kelebihan utama yang membezakannya Lunar Seputeh dengan pembangunan lain di Jalan Klang Lama.

Katanya, kelebihan tersebut membolehkan pemilik menikmati tarif utiliti domestik selain kadar cukai taksiran dan cukai tanah yang lebih rendah berbanding pembangunan bertaraf komersial sekali gus memberi penjimatan berterusan kepada pemilik kediaman sepanjang tempoh pemilikan.  

“Lunar Seputeh sesuai untuk golongan profesional, pasangan, keluarga yang sedang berkembang, isi rumah pelbagai generasi yang mahukan akses mudah ke Mid Valley, Bangsar South, KL Sentral dan kawasan Kuala Lumpur yang lebih luas.

"Kepelbagaian jenis unit, daripada 683 kaki persegi dengan 1+1 bilik tidur hingga 1,646 kaki persegi dengan 4+1 bilik tidur, membolehkan pembangunan ini memenuhi keperluan pembeli pada pelbagai peringkat kehidupan," katanya.

Dari sudut lokasi, Lunar Seputeh terletak dalam lingkungan kira-kira 700 meter dari Mid Valley City dan The Gardens Mall, selain hanya sekitar 2 kilometer dari KL Sentral serta Bangsar South yang merupakan antara hab komersial dan pekerjaan terbesar di Kuala Lumpur.

Kesalinghubungan jalan raya  diperkukuhkan menerusi Jambatan Penghubung Jalan Klang Lama - NPE yang menyediakan akses terus ke Lebuhraya NPE serta sambungan ke Petaling Jaya, Subang dan Sunway.

Konsep Tsuki lahirkan kediaman berteraskan kesejahteraan

Lunar Seputeh dibangunkan berasaskan falsafah 'Tsuki', iaitu perkataan Jepun yang membawa maksud bulan.

Hong Yeong berkata, Tsuki menjadi inspirasi reka bentuk Lunar Seputeh dengan penekanan terhadap kesederhanaan, keseimbangan dan mewujudkan suasana ketenangan di tengah persekitaran bandar.

“Konsep ini turut merangkumi kesejahteraan sosial. Di Aras 45, Social Kitchen dihubungkan terus ke Moonlit Sky Lounge, mewujudkan ruang khas untuk penduduk berkumpul dan menerima tetamu,” katanya.

Antara kemudahan yang dibangunkan berteraskan konsep itu ialah Japanese Onsen Bath, Zen Courtyard, Reflection Corner dan Meditation Deck.

Hong Yeong menambah, Lunar Seputeh yang pembinaannya telah dimulakan dan kini berjalan lebih awal daripada jadual, dengan sasaran siap pada Mac 2030, turut menawarkan lebih daripada 40 kemudahan lain merangkumi elemen kesejahteraan, rekreasi, pekerjaan dan kehidupan berkomuniti.

Sementara itu, bersempena pelancaran rasmi projek tersebut, The Lunar Seputeh Official Launch & Mid-Autumn Celebration akan berlangsung pada 3 dan 4 Oktober,  dari 10 pagi hingga 6 petang di Galeri Hartanah MRCB Land.

INFO LUNAR SEPUTEH

Berkeluasan 683 hingga 1,646 kaki persegi, pilihan 1+1 hingga 4+1 bilik tidur, dengan harga indikatif bermula RM607,800 hingga RM1.4 juta.

-Residential title

Tarif utiliti & cukai lebih rendah

-700m ke Mid Valley

2km ke KL Sentral & Bangsar South

-RM115 juta

Pelaburan Jambatan Jalan Klang Lama–NPE

-QLASSIC 81%

Rekod kualiti TRIA Seputeh

-50 tingkat, 483 unit Hanya 14 unit setiap tingkat biasa

-Lebih 40 fasiliti

Berteraskan kesejahteraan & komuniti

Pertumbuhan merentasi segmen dan pasaran

LUNAR SEPUTEH mencerminkan strategi pertumbuhan menyeluruh MRCB Land yang merangkumi pembangunan berorientasikan transit (TOD), bandar bersepadu, hartanah kediaman dan komersial, penerokaan segmen baharu serta pengembangan portfolio antarabangsa berteraskan kemampanan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Datuk Kwan Joon Hoe berkata, syarikat sedang membina platform hartanah yang lebih seimbang sambil meneroka pasaran serta segmen yang mempunyai potensi jangka panjang.

Katanya, ia bagi memanfaatkan kepakaran MRCB dalam TOD yang dibina menerusi KL Sentral, disusuli fasa seterusnya Penang Sentral dan pembangunan berperingkat jangka panjang Ipoh Sentral.

“Penang Sentral bakal memasuki fasa baharu dengan komponen runcit dan kediaman, manakala Ipoh Sentral seluas 67 ekar bernilai GDV RM6.25 bilion akan dibangunkan secara berfasa selama 20 tahun.

“Pertumbuhan kami bukan sekadar membina lebih banyak projek kediaman atau komersial. Kami melihat bagaimana untuk mempelbagaikan perniagaan dari segi geogra  dan segmen pembangunan baharu yang boleh memanfaatkan keupayaan sedia ada,” katanya.

Selain kediaman dan komersial, MRCB kini mempelbagaikan portfolio kepada pusat data, industri dan logistik, co-living, penjagaan kesihatan serta assisted living.

Antara pencapaiannya ialah fasiliti built-to-suit Jabil di Perlis bernilai RM121.5 juta dan penggunaan MRCB Building System (MBS) di Residensi Tujuh.

Joon Hoe menambah, pihaknya sangat teliti dalam menentukan pasaran seterusnya dan di peringkat antarabangsa, Bahagian Pembangunan dan Pelaburan Hartanah terus berkembang menerusi MRCB International.

Di Australia, projek VISTA di Surfers Paradise dan MARIS di Southport memperluaskan kehadiran syarikat dalam pasaran kediaman di Gold Coast.

“Berasaskan kejayaan di Australia, kami kini sedang meneroka peluang di beberapa pasaran terpilih di Timur Tengah, Asia Tengah dan Maldives.

“Di Arab Saudi, sebagai contoh, kami telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan RUA AlHaram AlMakki Company, syarikat milik Dana Pelaburan Awam (PIF), bagi meneroka penyertaan dalam pembangunan King Salman Gate di Makkah, di mana kepakaran kami dalam TOD dan pembangunan bandar bersepadu berpotensi untuk diterapkan,” katanya.

Sehingga akhir 2025, bahagian pembangunan dan pelaburan hartanah memiliki 1,228 ekar bank tanah dengan anggaran GDV bernilai RM32.8 bilion sebagai pemacu pertumbuhan jangka panjang.