Pelajar maut di asrama: Suspek pelajar Tingkatan Empat disambung reman

Iklan
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad

KUALA PILAH – [DIKEMAS KINI] Reman terhadap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Dua di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah 25 September lalu disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, tempoh reman terhadap suspek bermula 2 Oktober hingga 8 Oktober ini dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Tempoh reman terhadap suspek selama tujuh hari sebelum ini tamat hari ini dan pihak polis telah membuat permohonan sambung reman di hadapan Majistret bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau turut memaklumkan sehingga kini seramai 70 individu daripada pelbagai individu termasuk pelajar, guru dan jurulatih telah pun diambil.

Iklan

Ditanya sama ada masih ada pelajar yang membuat pengakuan menjadi mangsa buli suspek, Alzafny berkata, setakat ini hanya lima pelajar yang tampil.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Idlan Fareeq, 14, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini selepas ditemui tidak sedarkan diri di asramanya sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Iklan

Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan getah paip oleh dua pelajar senior.