SINGAPURA - Isi rumah di Singapura bakal menikmati penurunan tarif elektrik sebanyak 10.4 peratus bagi tempoh Oktober hingga Disember susulan kos tenaga yang lebih rendah.
SP Group pada Rabu memaklumkan, tarif elektrik isi rumah akan turun kepada 28.59 sen Singapura (RM0.91) bagi setiap kilowatt-jam (kWh) berbanding 31.91 sen (RM1.02) pada suku sebelumnya.