Jason Goh terajui Majlis Jaksa Pendamai Selangor

Iklan
Jason Goh (enam dari kanan) dilantik sebagai Presiden baharu Majlis Jaksa Pendamai Selangor pada tahun ini hingga 2028.

SHAH ALAM - Tan Sri Jason Goh Teck Chai dilantik sebagai Presiden baharu Majlis Jaksa Pendamai Selangor pada tahun ini hingga 2028.

Pelantikan Jason Goh itu bagi menggantikan Datuk Ng Seing Liong.

Iklan
Iklan

Majlis penyerahan tugas Presiden Majlis Jaksa Pendamai Selangor itu berlangsung pada 21 September lalu sebagai kesinambungan kepimpinan bagi memastikan organisasi itu terus memainkan peranan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan harapan supaya Jason Goh menggunakan kepakaran dan pengalaman dimiliki untuk memperkasa Majlis Jaksa Pendamai Selangor dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Iklan

Baginda berharap kepimpinan baharu dapat menjayakan pelbagai aktiviti persatuan, khususnya dalam memupuk perpaduan rakyat di Selangor.

Majlis Jaksa Pendamai Selangor dalam kenyataannya berkata, harapan itu menjadi amanah dan dorongan kepada kepimpinan baharu untuk terus memperkukuh peranan organisasi berkenaan.

Iklan

"Majlis akan terus memberi penekanan kepada penglibatan masyarakat, pengukuhan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak serta usaha memupuk keharmonian, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Majlis Jaksa Pendamai Selangor merakamkan penghargaan kepada Seing Liong atas jasa, khidmat bakti dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui organisasi berkenaan.