Tukang sapu maut kereta terbabas

Iklan
Keadaan kereta selepas terbabas ke dalam parit di Kilometer 79, Kampung Bukit Grebar, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, awal pagi Rabu. Foto ihsan polis

BANDAR PERMAISURI - Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki bersama suaminya terbabas ke dalam parit di Kilometer 79, Kampung Bukit Grebar, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, awal pagi Rabu.

Mangsa, Raja Norizan Raja Ali, 41, yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah sekolah menengah di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 2.29 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira 2.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu suami mangsa berusia 44 tahun dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu hilang kawalan ke sebelah kiri jalan sebelum terbabas ke dalam parit,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan meninggal dunia, manakala suaminya cedera pada kaki kanan.

Saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil ke Pejabat Trafik Ibu Pejabat Daerah Setiu atau menghubungi Inspektor Mohamad Thaufiq Ahmad Azudin melalui talian 011-2606 9043 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Iklan