Bayi diserang monyet liar: Perhilitan laksana operasi tangkap

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 24 November 2026.

SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan menggerakkan operasi menangkap monyet liar di sekitar Kampung Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh susulan insiden seorang bayi parah diserang haiwan itu.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata, operasi dicadang digerakkan bermula Rabu sehingga Selasa depan.

Iklan
Iklan

"Tindakan diambil susulan aduan diterima membabitkan kes monyet liar serang bayi tersebut dua hari lalu.

"Pegawai Perhilitan Daerah Petaling telah bertemu dengan bapa bayi tersebut pada Selasa bagi mendapatkan maklumat lanjut insiden berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, operasi menangkap haiwan liar itu dijalankan secara berterusan sebelum dilepaskan ke habitat asalnya nanti.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang bayi lelaki berusia lingkungan lima bulan cedera parah di bahagian muka selepas diserang monyet liar di kediamannya di Kampung Paya Jaras Tengah, Ahad lalu.

Iklan

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.18 malam ketika ibu mangsa berada di dapur, manakala bayi berkenaan sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor dilaporkan berkata, ibu mangsa terdengar jeritan sebelum mendapati seekor monyet berada berhampiran bayinya.

Monyet berkenaan dipercayai memasuki rumah melalui tingkap yang terbuka sebelum melarikan diri menerusi laluan sama.