Tegur dua lelaki minum arak, wanita 70 tahun dirogol berkumpulan

Iklan
Kedua-dua suspek kini sudah ditahan. Foto Agensi

LUCKNOW – Hanya kerana menegur dua lelaki yang minum arak berhampiran rumahnya, seorang wanita berusia 70 tahun dilapor menjadi mangsa rogol beramai-ramai sebelum dibunuh dalam kejadian di Mohanlalganj, Lucknow, India.

Menurut Times of India, polis berkata, dua suspek dikenali sebagai Rajesh atau Guddu, 30, dan Hariram Rawat, 34, telah ditahan susulan laporan dibuat keluarga mangsa.

Iklan
Iklan

Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki terbabit sedang minum arak berhampiran kediaman wanita itu sebelum mangsa menegur dan membantah perbuatan mereka.

Teguran tersebut dipercayai mencetuskan pertengkaran antara mangsa dengan kedua-dua suspek.

Iklan

Polis mendakwa suspek kemudian menyerang secara seksual wanita berkenaan sebelum melakukan serangan fizikal terhadapnya.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan terjatuh dan terhantuk pada kaki sebuah katil besi sehingga mengalami kecederaan yang membawa maut.

Iklan

Selepas menyedari mangsa tidak lagi bergerak, kedua-dua suspek didakwa memindahkan mayatnya ke kawasan gelap di belakang rumah dalam usaha menyembunyikan jenayah tersebut.

Kejadian terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, polis Mohanlalganj mendaftarkan laporan kes dan melancarkan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

Polis kemudian berjaya menjejaki Rajesh dan Hariram menerusi penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bukti teknikal serta maklumat risikan tempatan.

Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rogol beramai-ramai dan pembunuhan wanita berkenaan. - Agensi