Polis mohon bantuan kesan anggota tentera hilang di Bentong

Iklan
Polis menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Danial Asraf daripada ibunya semalam kerana lelaki itu tidak dapat dihubungi sehingga laporan polis dibuat.

KUANTAN - Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang sejak 26 September lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong, Asisten pada Selasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Danial Asraf Azizan, 21, daripada ibunya yang berusia 41 tahun semalam kerana lelaki itu tidak dapat dihubungi sehingga laporan polis dibuat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lokasi terakhir lelaki itu dilihat adalah di Kompeni Charlie, Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong.

Zaiham berkata, Muhammad Danial berketinggian kira-kira 162 sentimeter, berambut pendek hitam, bermata hitam, berwajah panjang dan berkulit sawo matang.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan lelaki itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-223 1999. - Bernama