Polis siasat dakwaan kumpulan jenayah terancang, Vikings dari Nigeria bertapak dalam negara

Iklan
PDRM sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan bahawa terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Sukri Kaman berkata, siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dakwaan mengenai kumpulan itu menjadi perhatian susulan satu hantaran di media sosial yang mendakwa organisasi itu kini bertapak di Malaysia.

Iklan
Iklan

Hantaran itu turut mendakwa sebahagian anggota kumpulan berkenaan memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar sebelum direkrut menjadi ahli, selain mengaitkan kegiatan mereka dengan beberapa aktiviti mencurigakan termasuk perhimpunan yang memaparkan logo dan simbol kumpulan berkenaan.- Bernama