KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, setakat jam 4.30 petang ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 176, diikuti Shah Alam (170), Klang (164), Banting (163), Petaling Jaya (160) dan Kuala Selangor (160).
Iklan
Iklan
Bacaan hampir sama turut direkodkan di ibu negara iaitu Cheras (169) dan Batu Muda (156), manakala Putrajaya (165).
Di Negeri Sembilan, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (174), Port Dickson (167) dan Seremban (165), manakala di Johor melibatkan kawasan Pasir Gudang (173), Larkin (170), Batu Pahat (167), Tangkak (165), Kota Tinggi (164), Pengerang (163), Segamat (160) dan Kluang (155).
Kawasan yang terlibat di Melaka pula ialah Bandaraya Melaka (174), Bukit Rambai (170) dan Alor Gajah (161), manakala Pahang meliputi kawasan Rompin (159), Indera Mahkota Kuantan (157), Balok Baru Kuantan (157) dan Jerantut (145).
Selain itu, kawasan Seri Manjung (157) di Perak, Kemaman (146) dan Kuala Terengganu (135) di Terengganu, Minden (128) dan Balik Pulau (117) di Pulau Pinang, serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (175), Kuching (158), Samarahan (157) dan Samalaju (116) di Sarawak turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama