Kualiti udara seluruh Singapura tidak sihat

Iklan
Jerebu landa Singapura - Foto: Agensi

SINGAPURA – Kualiti udara di seluruh Singapura merosot ke paras tidak sihat pada Selasa apabila bacaan Indeks Piawaian Pencemar (PSI) di kesemua lima wilayah melepasi paras 100 buat kali pertama dalam tempoh dua minggu.

Bacaan PSI 24 jam di wilayah tengah mencecah 155 pada jam 7 pagi (waktu tempatan), mengatasi paras tertinggi sebelum ini iaitu 154 yang dicatatkan pada 15 September.

Iklan
Iklan

Bacaan itu terus meningkat kepada 164 pada jam 10 pagi, paras tertinggi sejak PSI kembali memasuki kategori tidak sihat akibat jerebu pada 4 September lalu.

Pada jam 10 pagi, wilayah barat merekodkan PSI 148, timur (134), selatan (131) dan utara (106).

Iklan

Bacaan PSI antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. - Agensi

 

Iklan