PASIR MAS - Seorang peniaga makanan Asmah Husin, 65, menyusun sate ikan yang dijualnya di Pekan Rantau Panjang ketika ditemuramah pemberita baru-baru ini.
Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini beliau terpaksa menutup operasi gerai sehingga lebih sebulan disebabkan banjir termenung setiap kali tibanya musim tengkujuh.
Penduduk dan peniaga di Rantau Panjang berharap pembinaan benteng di sempadan Sungai Golok turut menjadi agenda utama dalam Belanjawan 2027 bulan depan. - Bernama