Aksi tunggang jet ski mahu 'hiburkan' mangsa banjir bawa padah

Iklan
Video yang tular di media sosial menunjukkan Sorn memecut dan membuat pusingan tajam di jalan yang ditenggelami banjir di Bangkok. - Foto Agensi

BANGKOK - Tindakan seorang lelaki menunggang jet ski sambil menghasilkan ombak di jalan raya yang dilanda banjir di Bangkok akhirnya memakan diri apabila dia ditahan polis dan dikenakan hukuman atas kesalahan menyebabkan gangguan awam.

Pada Isnin, Mahkamah Perbandaran Bangkok Utara menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda 10,000 baht (RM1,216) terhadap Sorn Keadsiri, 27.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, hukuman penjara dikurangkan kepada 15 hari manakala denda dikurangkan kepada 5,000 baht (RM608) selepas dia mengaku bersalah dan memberikan kerjasama dalam prosiding.

Mahkamah turut menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama setahun dan meletakkannya di bawah pengawasan selama 12 bulan.

Iklan

Video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu memecut dan membuat beberapa pusingan tajam sehingga menghasilkan ombak yang menghala ke rumah serta struktur di tepi jalan.

Beberapa media tempatan melaporkan penduduk berhampiran membuat aduan berhubung aksi berkenaan ketika orang awam lain turut menggunakan jalan yang ditenggelami banjir.

Iklan

Polis Makkasan kemudiannya menahan Sorn dan mendakwanya atas kesalahan menyebabkan gangguan awam dan menghalang lalu lintas.

Individu yang merakam video itu turut didakwa.

Ketika soal siasat, Sorn memberitahu polis dia tidak mengetahui budaya masyarakat tempatan dan niatnya hanya mahu 'menghiburkan' orang ramai yang dilanda bencana itu. Pihak berkuasa turut merampas jet ski berkenaan. - Agensi