ISTANBUL - Empat orang disahkan maut pada Sabtu selepas sebuah helikopter terhempas dan terbakar di wilayah Quebec, Kanada, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa.
Polis wilayah Quebec, yang dikenali sebagai Surete du Quebec (SQ) berkata, mereka menerima laporan sejurus selepas 2.30 petang waktu tempatan (1630 GMT) mengenai sebuah helikopter terhempas berhampiran Rang des Ecossais di luar Lebuhraya 10 di kawasan Sainte-Brigide-d’Iberville.