KUALA LUMPUR - Sebanyak empat kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 178.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di negeri itu yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching (166), Samarahan (165) dan Sri Aman (163).