Rais tiba di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, berdepan pertuduhan Akta Hasutan

Iklan
Raos ditemani Masnah tiba di Mahkamah Sesyen Ayer keroh pada Jumaat.

MELAKA - Bekas Senator Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tiba di Mahkamah Ayer Keroh di sini sekitar jam 8.40 pagi, Jumaat, bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan berkaitan krisis institusi diraja Negeri Sembilan.

Beliau ditemani isterinya, Puan Sri Masnah Muhamat serta anaknya, Danni Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Iklan
Iklan

Berdasarkan semakan, kes berkenaan didaftarkan dan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2 Ayer Keroh, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Ia dipercayai berhubung tindakan memasyhurkan Tunku Nazaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka pada 5 Jun lalu.

Iklan

Rais dijangka dituduh di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 [Akta 15], yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Rais yang juga Pengerusi Parti Wawasan Negara sebelum ini lantang mengulas kemelut membabitkan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Iklan

Beliau antara lain menyuarakan pandangan berhubung kedudukan institusi diraja serta campur tangan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kemelut berkenaan.

Pada Julai lalu, dua darjah kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan kepada Rais turut ditarik balik berkuat kuasa serta-merta atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.