Jangan sampai kita jadi hamba AI

Iklan
Tiada individu, syarikat atau negara menggunakan model AI paling berkuasa untuk memaksakan pandangan kepada orang lain. Foto hiasan

DULU manusia mencipta mesin untuk memudahkan kerja. Kini, manusia pula sibuk bertanya kepada mesin apa yang patut dibuat.

Kalau begitulah akhirnya, tidak mustahil suatu hari nanti kita bukan lagi pengguna kecerdasan buatan (AI), sebaliknya menjadi hamba kepada AI. Kebimbangan itu bukan sekadar cerita filem sains fiksyen seperti Terminator.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman sendiri mengakui AI mampu membawa era baharu kreativiti dan penemuan, tetapi pada masa sama mencetuskan perubahan besar serta ketidaktentuan.

Lebih menarik, Altman mengingatkan supaya tiada individu, syarikat atau negara menggunakan model AI paling berkuasa untuk memaksakan pandangan kepada orang lain.

Iklan

Ironinya, manusia hari ini sudah cukup pandai memanipulasi manusia tanpa bantuan mesin.

Bayangkan apabila teknologi AI dijadikan tukang karut profesional untuk menghasilkan akaun palsu, sokongan awam rekaan dan fakta yang sengaja diputarbelitkan.

Iklan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sendiri memaklumkan sedang mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Namun, jangan pula kita terlalu cepat menyalahkan AI. Mesin tidak mempunyai niat politik. Manusia yang memberi arahan, menyediakan data dan menentukan bagaimana teknologi itu digunakan.

Sebab itu seruan kerjasama antarabangsa dan piawaian global bagi menguji risiko AI perlu dipandang serius.

Jangan sampai kerana terlalu kagum dengan kepandaian mesin, kita terlupa menggunakan akal sendiri.