Rukun Negara bukan bahan lawak

Iklan
Tular rakaman klip pementasan teater yang dimuat naik pengguna Instagram, didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, Malaysia serta Rukun Negara.

MERAK Jalanan dari kecil diajar tentang Rukun Negara. Setiap kali perhimpunan sekolah, berdiri tegak, tangan di dada dan bersama-sama melafazkan lima prinsip yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.

Ketika kecil mungkin kita belum benar-benar memahami maksudnya tetapi kita tahu Rukun Negara bukan sekadar lima ayat yang perlu dihafal tetapi sesuatu yang perlu dihormati dan dihayati.

Iklan
Iklan

Sebab itu Merak Jalanan tertanya-tanya apabila melihat satu rakaman persembahan teater yang menjadikan Rukun Negara sebagai bahan jenaka dan sindiran.

Orang kata video itu dipentaskan pada 2018 sebelum kembali tular selepas dikongsikan semula baru-baru ini. Tidak kisahlah baru atau lama.

Iklan

Merak Jalanan faham seni perlukan kebebasan. Pelakon perlu ruang berkarya dan penggiat seni juga berhak menyampaikan kritikan melalui karya. Tetapi adakah semua perkara perlu dijadikan bahan lawak?

Lima prinsip itu mungkin kedengaran biasa kerana kita sudah puluhan tahun membacanya namun di sebalik lima baris itu ada sejarah dan tujuan yang besar untuk sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Iklan

Kalau mahu mengkritik kerajaan, masyarakat atau apa sahaja, ruang untuk berkarya tetap ada.

Apabila sesuatu yang sepatutnya menyatukan rakyat dijadikan bahan yang boleh menyentuh sensitiviti, individu yang terlibat perlu dihukum!