Hakim sekat larangan media Trump

Iklan
Beberapa agensi berita turut 'memboikot' liputan langsung di Rumah Putih sebagai tanda solidariti kepada rakan media mereka. Foto Agensi

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Donald Trump diarahkan segera mengembalikan akses kepada wartawan CNN, MS NOW dan Politico ke Rumah Putih selepas ketiga-tiga organisasi media itu dilarang memasuki premis berkenaan, menurut keputusan hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Hakim Timothy Kelly berkata, penarikan balik pas media berkenaan berkemungkinan melanggar hak mereka terhadap proses sewajarnya.

Iklan
Iklan

Secara umum, undang-undang menetapkan bahawa seseorang individu perlu diberikan notis dan ruang untuk mengemukakan penjelasan sebelum kerajaan melucutkan hak atau kepentingan yang dilindungi oleh Perlembagaan.

Beliau turut mengarahkan pas media kakitangan ketiga-tiga organisasi itu dikembalikan sehingga mahkamah mengeluarkan perintah selanjutnya atau perintah sekatan sementara selama 14 hari itu tamat.

Iklan

Sebelum keputusan itu dibuat, Jabatan Kehakiman berhujah bahawa Trump mempunyai kuasa untuk mengawal akses wartawan ke kawasan Presiden yang terhad seperti Pejabat Oval.

Pada Jumaat lalu, Trump mengumumkan larangan ke atas ketiga-tiga organisasi media tersebut yang didakwa menerbitkan 'berita palsu, fiksyen dan pembohongan'.

Iklan

CNN, MS NOW dan Politico kemudiannya memfailkan saman bersama bagi mendapatkan perintah sekatan sementara terhadap larangan tersebut dengan alasan tindakan itu melanggar Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat yang menjamin kebebasan akhbar. - AFP