Air kolam bertukar merah, penduduk berpusu-pusu ambil kerana dipercayai bawa berkat

Iklan
Penduduk tidak melepaskan peluang mengambil air di kolam yang tiba-tiba bertukar merah di Gunung Sindur, Bogor, Indonesia. Foto Agensi

BOGOR - Fenomena air sebuah kolam yang tiba-tiba bertukar merah di Gunung Sindur, Bogor, Indonesia mencetuskan kehebohan apabila orang ramai berpusu-pusu datang melihatnya, malah ada yang mengambil air tersebut untuk dibawa pulang.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai berkumpul di sekitar kolam berkenaan, manakala beberapa individu dilihat membasuh muka menggunakan air tersebut.

Iklan
Iklan

Ada juga pengunjung yang mengisi air berwarna merah itu ke dalam bekas untuk dibawa pulang.

Laporan media tempatan mendakwa sebahagian penduduk mengambil air berkenaan kerana mempercayainya mempunyai khasiat tertentu dan membawa berkat.

Iklan

Bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar (DLH) Kabupaten Bogor meminta orang ramai tidak terburu-buru mengaitkan fenomena tersebut dengan perkara mistik atau menganggap air berkenaan mempunyai keistimewaan tertentu.

Ketua DLH Kabupaten Bogor, Teuku Bayu berkata, siasatan awal mengesyaki perubahan warna itu mungkin berpunca daripada bahan seperti pewarna kain yang bercampur dengan air.

Iklan

Namun, beliau menegaskan ia masih merupakan andaian awal sementara menunggu keputusan ujian makmal bagi menentukan kandungan sebenar serta tahap keselamatan air berkenaan.

Menurutnya, orang ramai juga tidak seharusnya terus meminum atau menggunakan air tersebut sebelum keselamatannya dipastikan.

Fenomena itu dilaporkan hanya berlaku antara 30 minit hingga sejam sebelum air kolam kembali kepada keadaan asal. - Agensi