Lelaki India dibunuh di UAE, tubuh dikerat sembilan bahagian

Iklan
Alwin (kiri) dibunuh di Sharjah UAE dengan tubuhnya dikerat sembilan bahagian dan disumbat dalam beg di dalam sebuah kereta. FOTO/ NDTV

BENGALURU - Seorang lelaki dari Karnataka, India dipercayai dibunuh di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Julai lalu sebelum jasadnya ditemui dikerat sembilan bahagian.

Memetik laporan NDTV, abang mangsa, Anil Prashanth Kunder bagaimanapun belum menerima maklumat rasmi berhubung kejadian pembunuhan adiknya, Alwin Prakash Kunder, termasuk keadaan isteri dan anak lelakinya yang turut dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Alwin yang bekerja di Lapangan Terbang Sharjah selama 14 tahun dikhabarkan sempat pulang ke kampung halamannya di India pada Disember tahun lalu sebelum kembali semula ke UAE.

Anil berkata, isteri Alwin yang berasal dari Udyavara, Udupi pula bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Sharjah, manakala anak lelaki mereka kini menuntut di Tingkatan Lima.

Iklan

Katanya lagi, dia telah menghubungi Ketua Polis Daerah Udupi pada Isnin dan mengemukakan permohonan supaya tindakan diambil berhubung kematian adiknya.

"Polis bagaimanapun masih belum mengeluarkan kenyataan dan sedang menunggu maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Sharjah UAE," katanya pada Selasa.

Iklan

Menurut Anil, dia cuba menghubungi Alwin pada 20 Julai lepas namun panggilannya tidak dijawab.

Sebaliknya, dia menerima mesej yang memaklumkan bahawa Alwin berada dalam keadaan baik.

Anil berpendapat bahawa perkara itu mencurigakan kerana adiknya tidak pernah berkomunikasi dengan cara sedemikian.

Seminggu kemudian, dia sekali lagi cuba menghubungi Alwin tetapi masih tidak menerima sebarang respons.

Berikutan kebimbangan itu, dia menghubungi rakan sekolah Alwin, Manohar yang juga berada di Sharjah dan memintanya memeriksa keadaan adiknya.

Manohar kemudian pergi ke kediaman yang disediakan syarikat untuk keluarga Alwin, tetapi pengawal keselamatan memberitahu lelaki tersebut sudah pulang ke India.

"Bahagian sumber manusia (HR) syarikat berkenaan juga memaklumkan Alwin telah kembali ke India," ujar Anil.

Bagaimanapun, katanya, hasil semakan mendapati Alwin sebenarnya tidak pulang ke India.

Anil kemudian meminta syarikat menyemak keberadaan adiknya.

"Syarikat itu kemudiannya membuat semakan rekod pasport dan mendapati Alwin masih berada di Sharjah. Laporan orang hilang kemudiannya dibuat.

"Sepanjang siasatan, mayat Alwin dilapor ditemukan di dalam sebuah kereta yang diletakkan di sepanjang laluan menuju ke Oman.

"Tubuhnya dipercayai dipotong kepada sembilan bahagian sebelum dimasukkan ke dalam dua beg," katanya.

Anil memberitahu, keluarga hanya menerima laporan bedah siasat pada Isnin lalu sebelum mereka pergi ke balai polis tempatan di Udupi.

Motif dan keadaan sebenar pembunuhan belum diketahui, namun siasatan lanjut pihak berkuasa Sharjah UAE dijangka dapat mengenal pasti susunan kejadian serta pihak yang bertanggungjawab.

“Untuk menikam seseorang pada bahagian dada dan memotong mayat kepada sembilan bahagian memerlukan pelaku yang berpengalaman.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita keluar daripada bangunan. Jika isterinya pulang ke India, dia dan anak lelakinya pasti tahu apa yang berlaku kepada Alwin.

“Tanpa laporan polis (FIR) rasmi di sini, kami tidak dapat mengakses butiran pasport,” jelasnya lagi.