Lebih 30 kenderaan terlibat kemalangan akibat kabus tebal

Iklan
Lebih 30 kenderaan, termasuk kereta persendirian dan kenderaan berat, terbabit dalam beberapa kemalangan berturut-turut di Lebuhraya M20, Kent, England.

LONDON – Lebih 30 kenderaan, termasuk kereta persendirian dan kenderaan berat, terbabit dalam beberapa kemalangan berturut-turut di Lebuhraya M20, Kent, England sehingga menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah.

Insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada keadaan kabus tebal yang menjejaskan jarak penglihatan pengguna jalan raya.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Polis Kent, sekurang-kurangnya dua individu mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut.

Seorang daripada mangsa yang cedera parah dikejarkan ke sebuah hospital di London untuk menerima rawatan lanjut, manakala seorang lagi dibawa ke hospital berhampiran.

Iklan

Beberapa pengguna jalan raya lain turut dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Susulan kejadian itu, pelbagai agensi kecemasan dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi bantuan, termasuk pasukan perubatan ambulans udara yang tiba melalui jalan darat untuk memberikan rawatan kepada mangsa.

Iklan

Dalam pada itu, pengguna jalan raya di kawasan berkenaan diberi amaran supaya memperlahankan kenderaan dan lebih berhati-hati berikutan keadaan kabus tebal yang masih menyelubungi laluan tersebut. - Agensi