Gempa kuat gegar tengah Jepun

Iklan
Wakil JMA memberi penerangan tentang impak gempa itu ketika sidang media di Tokyo pada Ahad. Foto Agensi

TOKYO - Gempa kuat menggegar tengah Jepun pada awal pagi Ahad dan turut menyebabkan kerosakan kecil terhadap beberapa premis perniagaan dan lebih 20 mangsa cedera.

Agensi Meteorologi di Tokyo (JMA) merekodkan gegaran itu pada 5.7 skala Richter manakala Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan kekuatannya pada 5.5. skala Richter. Beberapa gegaran susulan turut dikesan selepas gempa tersebut.

Iklan
Iklan

Gempa berkenaan turut dirasai di kawasan berhampiran wilayah Aichi, termasuk bandar Hamamatsu, Kyoto dan Nara serta wilayah Yamanashi yang menempatkan Gunung Fuji selain Gifu.

Rakaman TV tempatan menunjukkan cermin kedai pecah dengan serpihan kaca bertaburan di jalan raya. Antara mangsa yang cedera termasuk mereka yang terjatuh di tangga ketika cuba menyelamatkan diri untuk keluar dari bangunan.

Iklan

Gempa yang berlaku pada jam 1.04 pagi (waktu tempatan) itu berpusat kira-kira 40 kilometer di bawah permukaan bumi di wilayah Shizuoka,

Gegaran itu tidak dirasai di Tokyo kerana kedudukannya yang agak jauh dari lokasi gempa. Penilaian seismik rasmi pula menunjukkan wilayah Aichi mengalami gegaran paling kuat.

Iklan

JMA memberi amaran kepada penduduk supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa kuat dalam tempoh seminggu akan datang.

“Orang ramai perlu berwaspada terhadap risiko tanah runtuh dan kemungkinan kesan buruk akibat hujan,” kata jurucakapnya, Ayataka Ebita

Menurutnya lagi, tiada perubahan ketara dikesan pada plat tektonik di Nankai Trough, kawasan yang diramalkan saintis berpotensi mencetuskan gempa bumi mega. - Agensi