DUN Melaka bubar: SPR adakan mesyuarat khas PRN ke-16

Iklan
SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka ke-15 berkuat kuasa pada Rabu. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 berkuat kuasa pada Rabu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun berkata, pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Haji Ibrahim Durum, menerusi surat pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pembubaran DUN Melaka ke-15 adalah sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

“Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN tersebut,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Selasa.

Iklan

Sehubungan itu, beliau berkata, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Bagaimanapun, katanya, tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Iklan

Pembubaran DUN Melaka ke-15 itu sebelum ini diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

PRN Melaka ke-16 kini akan memasuki proses seterusnya selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran berkuat kuasa pada Rabu.