Penganggur mengaku tidak bersalah rogol pelajar Tingkatan Dua

Iklan
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol remaja berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen pada Selasa.

TAWAU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol remaja berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Tertuduh, Mhd Ali Salleh, 30, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang masih bersekolah di kawasan semak di belakang sebuah bangunan lama di sini, kira-kira jam 2.40 petang pada Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Iklan