Gempa bumi bermagnitud 4.4 landa Batu Pahat

Iklan
MetMalaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 4.4 melanda Perairan Batu Pahat, Johor jam 4.55 petang pada Selasa.

BATU PAHAT - Gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 direkodkan di Perairan Batu Pahat di sini jam 4.55 petang pada Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Menurut MetMalaysia, pusat gempa terletak pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, kira-kira 27 kilometer barat daya dari Batu Pahat, Johor.

Gegaran akibat gempa itu dilaporkan dirasai di Batu Pahat dan kawasan sekitar.

Iklan
Iklan

MetMalaysia berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan keadaan tersebut.