Isu pemansuhan syarat 30 peratus ekuiti bagi IPS: Pemuda Pas Selangor dakwa kerajaan gagal lindungi Bumiputera
Iklan
Dr Aubidullah
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor membantah sekeras-kerasnya keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memansuhkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan Institusi Pendidikan Swasta (IPS).
​Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Ustaz Dr Aubidullah Fahim Ibrahim berkata, keputusan tersebut merupakan satu lagi bukti nyata yang akan terus direkodkan dalam sejarah pentadbiran kerajaan hari ini, di mana mereka secara berterusan cuba menggugat, menghakis, dan membelakangkan keistimewaan serta kedudukan ekonomi Bumiputera di negara ini.
Iklan
Iklan
"Kerajaan seolah-olah buta sejarah dan lupa akan faktor utama mengapa syarat ini diwujudkan pada tahun 2006. Ia digubal sebagai langkah intervensi penting untuk membantu dan memberi sokongan kepada bangsa Melayu serta Bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam jurang ekonomi negara berbanding bangsa lain.
"Sebagai perbandingan bagi menggambarkan betapa kroniknya jurang ekonomi antara bangsa Melayu dan bangsa lain, rujuk sahaja laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah KPM.
KPM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan keputusan itu dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Iklan
Aubidullah Fahim berkata, fakta jelas menunjukkan purata gaji penengah bangsa Melayu masih berada di tahap paling rendah berbanding bangsa lain.
Jelasnya lagi, realiti pahit tersebut meletakkan bangsa Melayu seolah-olah menjadi 'bangsa kelas ketiga' yang bergelut dan terpinggir dari segi pendapatan di tanah airnya sendiri.
"Apa yang lebih mendukacitakan, wujud 'double standard' yang ketara dalam ekosistem pekerjaan negara. Lihat sahaja hakikat dalam industri pekerjaan masa kini, peluang pekerjaan bergaji tinggi kebanyakannya dimonopoli oleh syarikat-syarikat yang secara terang-terangan meletakkan syarat diskriminasi halus seperti 'Mandarin speaker only'.
"Ketika bangsa lain berhempas-pulas melindungi, mempertahan, dan menjaga kelangsungan ekonomi bangsa mereka sendiri di sektor swasta, amat menyedihkan apabila kementerian yang membuat keputusan memansuhkan ekuiti ini diketuai oleh Menteri yang juga berbangsa Melayu," katanya.
Tegasnya lagi, bagaimana pemimpin Melayu sendiri boleh dengan rela hati bersetuju pada perubahan polisi yang bakal meruntuhkan benteng perlindungan ekonomi dan menghakis masa depan bangsanya sendiri?
Tambahnya lagi, pemerkasaan ekonomi bumiputera bukan agenda rasisme, tetapi ia adalah teras kepada kestabilan sosial dan ekonomi negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Memansuhkan syarat ini atas alasan 'memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan' hanyalah retorik kosong yang akhirnya akan meminggirkan terus penglibatan Bumiputera dalam industri pendidikan swasta yang menjana keuntungan berbilion ringgit.
"Justeru, DPPNS mendesak dengan tegas agar Kerajaan Persekutuan dan KPM segera menarik balik keputusan tersebut dan terus mengekalkan dasar 30 peratus ekuiti Bumiputera tersebut. Jangan sampai rakyat terutamanya orang Melayu menghukum keangkuhan kerajaan ini di peti undi kelak akibat pengkhianatan terhadap ekonomi bangsa sendiri," ujarnya.
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.