Kesihatan psikologi: Lebih 55,000 penjawat awam berisiko tinggi - PSIMA
Iklan
Penilaian profesional penting bagi menentukan tahap risiko serta bentuk intervensi yang diperlukan oleh individu terbabit. Gambar kecil: Shazli Ezzat
PUTRAJAYA – Angka 55,169 penjawat awam yang dikategorikan berisiko tinggi, termasuk mempunyai kecenderungan tingkah laku bunuh diri, perlu diberi perhatian serius dan tidak seharusnya berakhir pada proses saringan semata-mata.
Tegas Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA), Profesor Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali, keputusan saringan bukan diagnosis, sebaliknya individu yang dikenal pasti berisiko tinggi perlu menjalani penilaian profesional yang lebih menyeluruh.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penilaian itu penting bagi menentukan tahap risiko serta bentuk intervensi yang diperlukan oleh individu terbabit.
“Persoalan utama bukan sekadar siapa yang berisiko, tetapi siapa yang bertanggungjawab memastikan mereka terus mendapat bantuan selepas dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Ujar beliau, sistem sokongan psikologi perlu mempunyai laluan yang jelas bermula daripada saringan, penilaian risiko, intervensi, rujukan, pemantauan sehingga penilaian semula.
Katanya, bagi individu yang mempunyai risiko bunuh diri, mekanisme tindakan segera, perancangan keselamatan, rujukan dan susulan aktif amat penting.
Iklan
Dalam pada itu, Shazli berkata, kapasiti tenaga profesional juga perlu dinilai semula dan ia bukan sekadar bergantung kepada jumlah Pegawai Psikologi yang tersedia.
“Penting juga nisbah kepada jumlah penjawat awam dan kes berisiko, kompetensi khusus, beban kes serta taburan tenaga profesional antara kementerian dan agensi,” jelasnya.
Beliau berkata, kejayaan Sistem Profil Digital Kesihatan Psikologi Penjawat Awam (MyPsyD) tidak wajar diukur berdasarkan jumlah individu yang berjaya disaring semata-mata.
Sebaliknya, ukuran lebih penting ialah jumlah individu berisiko yang berjaya dikenal pasti, dibantu, dipantau dan dipulihkan.
Shazli berkata, kesejahteraan psikologi penjawat awam juga tidak boleh dilihat sebagai tanggungjawab individu semata-mata kerana faktor organisasi seperti beban dan reka bentuk kerja, kepimpinan, budaya organisasi, konflik peranan, keselamatan psikologi serta keseimbangan kerja-kehidupan turut perlu diberi perhatian.
Menurutnya, perkara itu memerlukan pengukuhan Infrastruktur Psikologi Negara yang menghubungkan tenaga profesional, kompetensi, standard amalan dan etika, penyelidikan, data, saringan, intervensi serta sistem rujukan dalam satu ekosistem yang tersusun.
“55,169 bukan sekadar angka. Ia adalah signal untuk perubahan sistem daripada saringan kepada intervensi, daripada intervensi kepada pencegahan, dan daripada program yang terpisah kepada Infrastruktur Psikologi Negara yang kukuh,” katanya.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.