Houthi terus mara mahu kuasai tanah tinggi strategik

Iklan
Khemah sementara yang menjadi tempat berlindung penduduk melarikan diri dari konflik yang didirikan di kawasan pesisir Laut Merah berhampiran Aden. Foto Agensi

SANAA - Pejuang Houthi pada Isnin mara untuk menawan kawasan tanah tinggi strategik di Yemen dalam usaha memutuskan hubungan antara pantai Laut Merah dengan kawasan yang masih dikuasai pasukan keselamatan disokong Arab Saudi.

Lima sumber ketenteraan memberitahu Houthi kini berusaha untuk menguasai kawasan tanah tinggi strategik, Pergunungan Kahboub di dua wilayah, Taiz dan Lahij yang memisahkan pantai Laut Merah daripada kawasan selatan yang dikuasai tentera kerajaan.

Iklan
Iklan

Perkembangan itu berlaku selepas timbul laporan mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan operasi ketenteraan menyasarkan kumpulan tersebut pada saat akhir.

Washington berulang kali menolak permintaan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman untuk campur tangan dalam konflik di Sanaa yang telah memburukkan lagi situasi di Asia Barat.

Iklan

Peningkatan semula konflik antara Saudi dan Houthi meletakkan Trump dalam dilema apabila beliau berdepan tekanan untuk membantu mempertahankan sekutu Washington itu, namun pada masa sama enggan meluaskan lagi perang yang dilancarkannya terhadap Iran pada Februari lalu.

AS pernah mengebom kedudukan Houthi selama dua bulan pada awal 2025, namun Trump menghentikan serangan itu selepas mencapai gencatan senjata dengan kumpulan berkenaan.

Iklan

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir 700 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera dalam pertempuran yang kembali tercetus itu.

Selain itu, hampir 130,000 penduduk hilang tempat tinggal manakala lebih 3,000 lagi dipercayai melarikan diri menaiki bot merentasi Laut Merah ke Afrika. - Agensi