Polis masuk kediaman Najib, jalankan pemeriksaan rutin

Iklan
Kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 milik PDRM memasuki kediaman Najib bagi menjalankan pemeriksaan.

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pintu hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pada Selasa.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 itu difahamkan membawa pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi menjalankan pemeriksaan di kediaman terbabit.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, suasana kekal tenang di kediaman Najib di sini dengan kawasan luarnya menjadi tumpuan para pengamal media sejak beberapa hari lalu.

Keadaan ini selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Iklan
Iklan

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.