Budak maut dicampak dalam sungai: Bapa saudara direman seminggu

Iklan
Suspek yang disyaki membunuh anak saudaranya dengan mencampakkan kanak-kanak perempuan itu ke sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili tiba di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi untuk direman.

KOTA TINGGI - Bapa saudara yang disyaki membunuh anak saudaranya dengan mencampakkan kanak-kanak perempuan itu ke sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili pada Isnin direman seminggu sehingga 28 September.

Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Hakim Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 dapat dijalankan.

Iklan
Iklan

Suspek sebelum itu tiba di mahkamah jam 9 pagi menaiki van polis selepas dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman sebelum ini berkata, mangsa meninggal dunia selepas dicampakkan ke sungai oleh bapa saudaranya, jam 9.30 pagi.

Iklan

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 kerana disyaki membunuh anak saudaranya dengan mencampakkan kanak-kanak itu ke sungai

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mengamuk, campak anak saudara usia lima tahun dalam sungai hingga maut

Iklan

'Papa, cepatlah...marilah solat’ - Kata-kata terakhir Puteri Nur Afiyah Qalesya

Budak maut dicampak dalam sungai: Puteri Nur Afiyah pulang ke kampung bersama bapa untuk ambil ubat

Puteri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, maut dipercayai lemas selepas dicampakkan ke sungai oleh bapa saudaranya di Kampung Padang, Tanjung Sedili.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, suspek ditangkap di lokasi kejadian dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera.

Tambah Yusof, suspek yang bersenjatakan parang turut mengejar dan mengugut mencederakan bapa mangsa berusia 40 tahun.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan suspek juga dipercayai mengalami masalah mental,” ujarnya.

Jelas Yusof, mangsa dihantar ke Hospital Kita Tinggi dan dibawa ke Hospital Pasir Gudang untuk bedah siasat.